Organisation lauded for healthcare commitment in Sarawak

Penguang (right) signs the plaque to open SJAM-KPS Bintulu Hemodialysis Centre. Looking on from left are Yeo and Lim.

SIBU (Oct 15): Yayasan St John Ambulans Malaysia – Kawasan Pantai Selangor (SJAM-KPS Foundation) has been lauded for providing healthcare to the local community with the setting up of a hemodialysis centre in Bintulu.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg acknowledged SJAM-KPS Foundation’s initiative in working along with the government to deliver quality public health services in Sarawak.

“More centres like this will soon be developed to provide dialysis treatments to benefit the people, especially those from the low and middle income groups,” said the Premier in his speech, delivered by Deputy Minister of Public Health, Housing and Local Government Datu Dr Penguang Manggil, who represented him during the launch of SJAM-KPS Pusat Hemodialisis Bintulu (Station 10) at Parkcity Commerce Square in Bintulu yesterday.

Source:
Organisation lauded for healthcare commitment in Sarawak (theborneopost.com)
Kerajaan Sarawak komited tingkat kualiti, prestasi kesihatan awam  | Utusan Borneo Online


Pusat Hemodialisis Bintulu SJAM-KPS terbesar di Malaysia

Yeo (dua kiri) menyampaikan cenderamata kepada Penguang (tiga kanan) sambil disaksi Lim (kiri), Ting Chew Peh dan Jack (kanan) di Bintulu hari ini.

BINTULU: Pusat Hemodialisis Bintulu St John Ambulans Malaysia-Kawasan Pantai Selangor (SJAM-KPS) (Stesen 10) di sini adalah yang terbesar dibangunkan daripada 13 pusat dialisis milik Yayasan SJAM-KPS di negara ini.

Ketua Pegawai Operasi Yayasan SJAM-KPS Datuk Yeo Kim Thong berkata, pusat berkeluasan 1.06 ekar dengan bangunan dua tingkat dibina bermula 2016 itu bakal menempatkan 100 unit mesin dialisis.

Menurutnya, ia mendapat sokongan kerajaan Sarawak dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) diterajui pengurus besarnya ketika itu Datu Mohidin Ishak dan Datu Rodziah Morshidi.

Katanya, pada masa ini hanya 44 unit mesin dialisis beroperasi di pusat ini dan akan ditambah mengikut permintaan dan keperluan pesakit yang ada.

“Pusat di Sibu adalah kedua terbesar kini beroperasi sepenuhnya, memiliki 53 unit mesin dialisis dengan 47 mesin untuk operasi normal dan enam mesin hepatitis,” katanya dalam ucapan perasmian Pusat Hemodialisis SJAM-KPS di sini hari ini.

Yeo berkata, jumlah keseluruhan mesin dialisis di 13 pusat dialisisnya merangkumi Sarawak, Perak, Melaka dan Selangor adalah 259 unit.

“Pusat hemodialisis ini berjaya dirancang dan dibangunkan dengan bantuan Arkitek TT Tang dari Sibu dan kita berterima kasih kepada AR John Tang Tong Tung dan tidak dilupa Paling Construction Sdn Bhd membina bangunan pusat ini,” katanya.

Beliau berkata, bangunan pusat ini siap dan mula beroperasi pada 30 Disember 2019 dan pelancarannya dirancang serta dijadual pada 2020 tetapi ditangguhkan berikutan penularan pandemik COVID-19.

Terdahulu pengerusi penganjur, Dr Lim Tee Leong berkata Yayasan SJAM-KPS adalah yayasan amal 100 peratus mendapat dana pembiayaan awam.

Katanya, yayasan ini menyediakan perkhidmatan ambulans kecemasan 24 jam dan perkhidmatan hemodialisis.

“Kita melakukan apa yang terdaya mengikut keupayaan menyediakan perkhidmatan rawatan hemodialisis, membantu dan memenuhi keperluan pesakit berpendapatan rendah dan sederhana,” katanya.

Beliau berkata, kini pihaknya berbangga mempunyai 13 pusat hemodialisis di beberapa negeri merangkumi Selangor, Perak, Melaka dan Sarawak.

“Dengan sokongan semua pihak, pusat di Bintulu kini berdiri dengan megah dan kita berterima kasih kepada ahli jawatankuasa terlibat memastikan pelancaran pusat hemodialisis ini berjalan dengan lancar,” jelasnya.

Source:
Pusat Hemodialisis Bintulu SJAM-KPS terbesar di Malaysia | Utusan Borneo Online




Similar Posts